Sunday, 31 August 2014

kenapa Qaseh??

Sudah 2 minggu saya tidak upadate entri, ini kerana saya sibuk dengan program training graduates sebelum masuk alam pekerjaan di Shah Alam. Masa training nya pulak ikut sama seperti waktu bekerja supaya kita boleh biasakan kalau kita sudah bekerja nanti. Alhamdulillah, selama saya join training ini, banyak ilmu yang bermanfaat untuk saya gunakan untuk berkerja nanti. Kalau ada rezeki saya review tentang training ini.





Berbalik kepada tajuk asak post ini. Mungkin sebahagian sudah tahu Qaseh itu apa. Qaseh ini adalah makanan kesihatan iaitu Qaseh Gold Produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Ana Edar. Sebenarnya saya sudah lama mencari makanan supplement untuk menjaga kesihatan secara berterusan. Kadang-kadang kita dalam seharian kita main makan sahaja. Kita hanya fikir makanan itu sedap. Alhamdulillah, selepas kawan saya perkenalkan Qaseh ini. Saya terus hendak beli kerana Qaseh ini terdiri daripada pelbagai makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah. Oleh sebab itu, saya yakin dengan Qaseh kerana makanan yang dimakan oleh baginda. insyaAllah Mujarab. Lagi satu sebab ialah  harga nya sangat berbaloi. Lagi-lagi time itu saya masih student, mana nak cari duit. Kalau bukak dari "pama" n duit pinjaman.

Selepas itu selama sebulan saya makan qaseh. Alhamdullilah, saya sentiasan bertenaga dan masalah sakit sengugut  makin berkurang daripasa sebelum ini mengalami sangat teruk. Sejak itu, saya join untuk menjadi rakan niaga Qaseh ini dan sangat mengalakan famili saya untuk mengamalkan produk ini.

Next entri saya akan share dari testimoni dari famili saya..

Sunday, 17 August 2014

Catatan Hari Minggu


Semalam saya berhari rumah kakak dan rumah saudara sebelah ayah. Sebelum itu, saya pergi tengok konvokesyen sepupu saya di UNITEN Bangi. InsyaAllah, giliran saya bulan 11 nanti. Kiranya ambil berkat konvo orang lain. Kemudian, saya pergi terus ke kenduri masuk rumah kakak saya. Selepas itu, saya ke rumah saudara di Cyberjaya. Seronok dapat jumpa saudara jauh-jauh. Baru tahu ada anak saudara sama bayang. Mana tidaknya. Jumpa pon setahun sekali. Itu pun jumpa waktu musim raya. Tetapi alhamdulillah, dapat kenalan baru.

Pada hari ini pula, saya hanya duduk rumah sahaja kerana saudara hendak datang rumah. Dan hari ini saya tengok cerita indonesia 'ketika cinta bertasbih spesial ramadhan".




Walaupun cerita ini sudah lama tayang. Saya minat cerita ini bermula dari filemnya. Cerita memang sangat menarik dan takbik pengarah dan pelakon- pelakon cerita ini, mereka sangat jaga antara pelakon lelaki dan perempuan daripada menyentuh ketika berlakon. Bagi saya, cerita penuh dengan peringatan dan nasihat yang diselitkan sekali ayat-ayat Al-Quran dan kisah-kisah nabi. Kadang-kadang jalan cerita dia, macam terkena pada batang hidung sendiri pula dan memberi motivasi pada diri saya sendiri. 

Setakat ini catatan ringkas saya. InsyaAllah, kita akan jumpa entri seterusnya. Wassalam.

Thursday, 14 August 2014

Tips-Tips untuk Usahawan Baru (Kick Start)

Kita sering dengan perpatah " bersusah - susah dahulu, bersenang - senamg kemudian " dan kadang-kadang kita sering bila hendak tidak sabar kesenamgan itu datang. InsyaAllah, saya akan kongsi tips-tips untuk memanfaatkan masa untuk cemerlang.




1. Perlu mengenal pasti kelemahan diri yang menyebabkan penggunaan masa kurang efektif,

2. Cuba fikirkan cara terbaik untuk mengatasi kelemahan tersebut.

3. Minta tolong orang sekeliling kita yang tahu matlamat kita seperti sahabat baik atau saudara untuk ingatkan deadline atau ingatkan anak agar menggunakan masa sebaiknya.

4. Perhatikan kawan-kawan yang bijak menggunakan masa dan cuba contohi mereka

5. Pastikan persekitaran kita mendorong kita untuk menggunakan masa sebaiknya. Contohnya, pergi ke perpustakaan kerana persekitarannya sangat membantu untuk menelaah pelajaran.

6. Yakinkan diri bahawa kita mampu untuk berubah untuk menggunakan masa sebaiknya.

7. Jangan  mudah putus asa sekiranya cubaan gagal dan memberi peluang untuk diri sendiri untuk berubah

8. Jangan terlalu selesa dengan masa lapang dan mesti buat persediaan sebelum menghadapi kesuntukan masa.

Yakinlah pada diri sendiri kita mampu berubah dengan melakukan "kick start" untuk diri kita sendiri. Jangan tunggu masa itu berlalu. Ayuh. Gunakan masa sebaik mungkin untuk keluar daripada alam kegagalan yang menyebabkan kita merasa menyesal kemudian hari ke alam kejayaan yang kita impikan. InsyaAllah.


Monday, 11 August 2014

Makanan Sunnah Rasullullah

Antara makanan sunnah Rasullullah yang paling popular untuk masa sekarang kurma. Kurma juga sinonim dengan bulan ramadhan kerana kita sudah diasuhkan dari kecil, yang kita disunatkan memakan kurma ketika berbuka puasa dan sahur. Seperti kita sudah tahu, segala amalan Rasullullah adalah terbaik untuk kesihatan kita.





Khasiat Kurma 

1- Kurma mengandungi unsur zat besi dan kalsium yang boleh membentuk susu ibu. Di dalam al-Quran,  ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25-26: "Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak."Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan" Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.

2. Dapat meredakan masalah tekanan darah tinggi kerana kurma tidak mengandungi kolestrol dan lemak

3. Jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

4. Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

5. Membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Terlalu banyak khasiat kurma pada diri kita dan banyak penyakit dapat dirawat dengan memakan makanan sunnah. Mungkin kita dapat tukar iktihar kita untuk merawat peyakit dengan memakan makanan sunnah. InsyaAllah.

Sumber: https://www.facebook.com/notes/we-support-minsyam-kempen-amalan-dan-pemakanan-sunnah-100000-like/makanan-sunnah-rasullullah/234970526526176










Thursday, 7 August 2014

Salam Ukhuwah =)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Yang Maha Penyayang

Alhamdulillah, dengan izin Allah, angan-angan mahu buat blog sendiri tercapai. InsyaAllah dalam blog ini saya akan manfaatkannya untuk menyampaikan ilmu tentang makanan sunnah. Bukanlah kerana saya ini, seorang pakar mengenai makanan sunnah tetapi sekadar pengkosingan untuk manfaat kita semua.

Sebelum saya pergi jauh, suka saya memperkenalkan diri saya, nama sebenar Putri Azimah, ramai yang bertanya kenapa nama putri, keturunan raja ke, atau saja-saja letak. As a simple answer, saya jawab ayah saya orang perak dan moyang saya ada keturunan raja. Saya dilahirkan pada tahun 1990, dibesarkan dan mendapat pendidikan di rendah dan menengah di selangor. Semasa di tingkatan 4, saya berpindah ke sekolah teknik jengka. Bermula dari sekolah sini, aku mengenali ilmu kejuruteraan elektrik. Sebenarnya ada kisah sebelum ke sekolah ini, ketika memohon online sekolah teknik, saya  memohon bidang perakaunan kerana cita-cita nak menjadi akauntan. Tetapi caturan Allah  lebih hebat untuk hambanya, saya dapat tawaran dari sekolah ini dalam bidang kejuruteraan elektrik. Dan Alhamdulillah, subjek kejuruteraan elektrik dalam result SPM, saya dapat A. Oleh itu, saya sambung belajar dalam bidang kejuruteraan elektrik di peringkat diploma di Kolej Poly Tech Mara Kuantan dengan usahasama UITM. Selepas habis diploma saya terus sambung di peringkat ijazah di UITM Shah Alam. InsyaALLAH, bulan November ini saya konvo. Alhamdulillah.

Pengalaman saya bekerja tidak banyak, first job saya kerja di Econsave Bangi as a Retail Assistant selama 2 bulan semasa menunggu untuk sambung belajar di peringkat degree. Bagi saya, kerja ini new experience untuk saya, kerja ini memerlukan kerahan tenaga dan kenalah rajin untuk menyusun barang supaya nampak kemas di hadapan customer. Mula-mula kerja itu, agak penat juga sebab first time kerja. Balik sahaja dari kerja terus tidur. Tetapi lama kelamaan saya boleh adapt dengan pekerjaan itu. Saya nak selit sedikit pengalaman saya praktikal di TNB Bangi selama 2 bulan, walaupun 2 bulan praktikal dekat sana tetapi terlalu banyak ilmu saya dapat dari sana. Staff-staff dekat sana tidak kedekut ilmu dan sangatlah sporting. Memanglah orang kata kalau praktikal kat TNB tidak dapat elaun tetapi ilmu kita dapat tidak sama nilai dengan wang ringgit kan =) .

Saya pengemar baca buku motivasi tetapi tidak bermaksud saya suka membaca. Disebabkan saya berminat hendak mencari sesuatu untuk mengubah saya untuk jadi lebih baik, saya kena usahalah untuk cari ilmu itu kan. Betul tak. =) Saya start berminat untuk join bisnes online apabila melihat kawan-kawan saya menjadikan bisnes online sebagai side income mereka. Dan saya percaya kita boleh berjaya dengan bisnes kerana saya percaya 9/10 punca rezeki kita dari perniagaan dan pada masa yang sama berniaga adalah satu saluran menbangunkan ummah dan menyebarkan agama. Oleh itu, dengan menyertai ABDR dan memahami ebook telah diberi, saya dapat ilmu baru tentang pengurusan bisnes online melalui blog.  InsyaAllah 

Itu sahaja coretan dalam entri ini. Salam berkenalan  dan salam ukhuwah buat semua. Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.