Sunday 17 August 2014

Catatan Hari Minggu


Semalam saya berhari rumah kakak dan rumah saudara sebelah ayah. Sebelum itu, saya pergi tengok konvokesyen sepupu saya di UNITEN Bangi. InsyaAllah, giliran saya bulan 11 nanti. Kiranya ambil berkat konvo orang lain. Kemudian, saya pergi terus ke kenduri masuk rumah kakak saya. Selepas itu, saya ke rumah saudara di Cyberjaya. Seronok dapat jumpa saudara jauh-jauh. Baru tahu ada anak saudara sama bayang. Mana tidaknya. Jumpa pon setahun sekali. Itu pun jumpa waktu musim raya. Tetapi alhamdulillah, dapat kenalan baru.

Pada hari ini pula, saya hanya duduk rumah sahaja kerana saudara hendak datang rumah. Dan hari ini saya tengok cerita indonesia 'ketika cinta bertasbih spesial ramadhan".




Walaupun cerita ini sudah lama tayang. Saya minat cerita ini bermula dari filemnya. Cerita memang sangat menarik dan takbik pengarah dan pelakon- pelakon cerita ini, mereka sangat jaga antara pelakon lelaki dan perempuan daripada menyentuh ketika berlakon. Bagi saya, cerita penuh dengan peringatan dan nasihat yang diselitkan sekali ayat-ayat Al-Quran dan kisah-kisah nabi. Kadang-kadang jalan cerita dia, macam terkena pada batang hidung sendiri pula dan memberi motivasi pada diri saya sendiri. 

Setakat ini catatan ringkas saya. InsyaAllah, kita akan jumpa entri seterusnya. Wassalam.

No comments:

Post a Comment