Thursday 14 August 2014

Tips-Tips untuk Usahawan Baru (Kick Start)

Kita sering dengan perpatah " bersusah - susah dahulu, bersenang - senamg kemudian " dan kadang-kadang kita sering bila hendak tidak sabar kesenamgan itu datang. InsyaAllah, saya akan kongsi tips-tips untuk memanfaatkan masa untuk cemerlang.




1. Perlu mengenal pasti kelemahan diri yang menyebabkan penggunaan masa kurang efektif,

2. Cuba fikirkan cara terbaik untuk mengatasi kelemahan tersebut.

3. Minta tolong orang sekeliling kita yang tahu matlamat kita seperti sahabat baik atau saudara untuk ingatkan deadline atau ingatkan anak agar menggunakan masa sebaiknya.

4. Perhatikan kawan-kawan yang bijak menggunakan masa dan cuba contohi mereka

5. Pastikan persekitaran kita mendorong kita untuk menggunakan masa sebaiknya. Contohnya, pergi ke perpustakaan kerana persekitarannya sangat membantu untuk menelaah pelajaran.

6. Yakinkan diri bahawa kita mampu untuk berubah untuk menggunakan masa sebaiknya.

7. Jangan  mudah putus asa sekiranya cubaan gagal dan memberi peluang untuk diri sendiri untuk berubah

8. Jangan terlalu selesa dengan masa lapang dan mesti buat persediaan sebelum menghadapi kesuntukan masa.

Yakinlah pada diri sendiri kita mampu berubah dengan melakukan "kick start" untuk diri kita sendiri. Jangan tunggu masa itu berlalu. Ayuh. Gunakan masa sebaik mungkin untuk keluar daripada alam kegagalan yang menyebabkan kita merasa menyesal kemudian hari ke alam kejayaan yang kita impikan. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment