Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Yang Maha Penyayang
Alhamdulillah, dengan izin Allah, angan-angan mahu buat blog sendiri tercapai. InsyaAllah dalam blog ini saya akan manfaatkannya untuk menyampaikan ilmu tentang makanan sunnah. Bukanlah kerana saya ini, seorang pakar mengenai makanan sunnah tetapi sekadar pengkosingan untuk manfaat kita semua.
Sebelum saya pergi jauh, suka saya memperkenalkan diri saya, nama sebenar Putri Azimah, ramai yang bertanya kenapa nama putri, keturunan raja ke, atau saja-saja letak. As a simple answer, saya jawab ayah saya orang perak dan moyang saya ada keturunan raja. Saya dilahirkan pada tahun 1990, dibesarkan dan mendapat pendidikan di rendah dan menengah di selangor. Semasa di tingkatan 4, saya berpindah ke sekolah teknik jengka. Bermula dari sekolah sini, aku mengenali ilmu kejuruteraan elektrik. Sebenarnya ada kisah sebelum ke sekolah ini, ketika memohon online sekolah teknik, saya memohon bidang perakaunan kerana cita-cita nak menjadi akauntan. Tetapi caturan Allah lebih hebat untuk hambanya, saya dapat tawaran dari sekolah ini dalam bidang kejuruteraan elektrik. Dan Alhamdulillah, subjek kejuruteraan elektrik dalam result SPM, saya dapat A. Oleh itu, saya sambung belajar dalam bidang kejuruteraan elektrik di peringkat diploma di Kolej Poly Tech Mara Kuantan dengan usahasama UITM. Selepas habis diploma saya terus sambung di peringkat ijazah di UITM Shah Alam. InsyaALLAH, bulan November ini saya konvo. Alhamdulillah.
Pengalaman saya bekerja tidak banyak, first job saya kerja di Econsave Bangi as a Retail Assistant selama 2 bulan semasa menunggu untuk sambung belajar di peringkat degree. Bagi saya, kerja ini new experience untuk saya, kerja ini memerlukan kerahan tenaga dan kenalah rajin untuk menyusun barang supaya nampak kemas di hadapan customer. Mula-mula kerja itu, agak penat juga sebab first time kerja. Balik sahaja dari kerja terus tidur. Tetapi lama kelamaan saya boleh adapt dengan pekerjaan itu. Saya nak selit sedikit pengalaman saya praktikal di TNB Bangi selama 2 bulan, walaupun 2 bulan praktikal dekat sana tetapi terlalu banyak ilmu saya dapat dari sana. Staff-staff dekat sana tidak kedekut ilmu dan sangatlah sporting. Memanglah orang kata kalau praktikal kat TNB tidak dapat elaun tetapi ilmu kita dapat tidak sama nilai dengan wang ringgit kan =) .
Saya pengemar baca buku motivasi tetapi tidak bermaksud saya suka membaca. Disebabkan saya berminat hendak mencari sesuatu untuk mengubah saya untuk jadi lebih baik, saya kena usahalah untuk cari ilmu itu kan. Betul tak. =) Saya start berminat untuk join bisnes online apabila melihat kawan-kawan saya menjadikan bisnes online sebagai side income mereka. Dan saya percaya kita boleh berjaya dengan bisnes kerana saya percaya 9/10 punca rezeki kita dari perniagaan dan pada masa yang sama berniaga adalah satu saluran menbangunkan ummah dan menyebarkan agama. Oleh itu, dengan menyertai ABDR dan memahami ebook telah diberi, saya dapat ilmu baru tentang pengurusan bisnes online melalui blog. InsyaAllah
Itu sahaja coretan dalam entri ini. Salam berkenalan dan salam ukhuwah buat semua. Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.
No comments:
Post a Comment