Monday 11 August 2014

Makanan Sunnah Rasullullah

Antara makanan sunnah Rasullullah yang paling popular untuk masa sekarang kurma. Kurma juga sinonim dengan bulan ramadhan kerana kita sudah diasuhkan dari kecil, yang kita disunatkan memakan kurma ketika berbuka puasa dan sahur. Seperti kita sudah tahu, segala amalan Rasullullah adalah terbaik untuk kesihatan kita.





Khasiat Kurma 

1- Kurma mengandungi unsur zat besi dan kalsium yang boleh membentuk susu ibu. Di dalam al-Quran,  ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25-26: "Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak."Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan" Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.

2. Dapat meredakan masalah tekanan darah tinggi kerana kurma tidak mengandungi kolestrol dan lemak

3. Jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

4. Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

5. Membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Terlalu banyak khasiat kurma pada diri kita dan banyak penyakit dapat dirawat dengan memakan makanan sunnah. Mungkin kita dapat tukar iktihar kita untuk merawat peyakit dengan memakan makanan sunnah. InsyaAllah.

Sumber: https://www.facebook.com/notes/we-support-minsyam-kempen-amalan-dan-pemakanan-sunnah-100000-like/makanan-sunnah-rasullullah/234970526526176










No comments:

Post a Comment